Monday, September 7, 2009


Terdapat banyak peminjam wang sah berdaftar yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada seseorang yang tidak boleh memperolehi pinjaman dikebanyakan institusi keewangan arus perdana, seperti bank-bank besar. Mereka beroperasi menggunaknan wang tunai, sementara institusi kewangan arus perdana semakin banyak beroperasi secara elektronik, bermakna mereka tidak akan melayan permohonan sesiapa yang tidak memiliki akaun bank.
Keterangan tentang poster :-
1) Tali gantung
2) 'shark loan'
3) figura berwarna merah
4) tanda palang dalam bulatan
5) slogan "MATI dari jadi CETI HARAM ALONG"
Tali gantung
Hukuman tali gantung merupakan hukuman maksimum yang dikenakan kepada salahlaku jenayah berat seperti membunuh, merogol, mengedar dadah dan sebagainya. Tali gantung yang digunakan dalam poster hanya ingin menerangkan sindiran kepada ceti haram supaya sedar akan tindakan mereka yang semakin kejam.
'Shark loan'
Shark loan telah pun berlaku sejak dahulu lagi dan bukan perkara baru. Malah aktiviti meminjam wang secara haram di negara barat telah pun berleluasa di dalam dunia jenayah. Shark diambil untuk melambangkan ceti haram yang kejam seumpama kejamnya jerung membaham mangsanya.
Figura berwarna merah
Figura ini melambangkan hukuman berat yang setimpal dengan jenayah Ah Long yang semakin berani bertindak secara terbuka dan kejam ke atas si peminjam.
Tanda palang dalam bulatan
Tanda ini merujuk kepada protes terhadap golongan Ah Long. Perlambangan ini menerangkan bahawa jenayah Ah Long merupakan gejala sosial yang harus dibendung dengan segera.
Slogan " MATI dari jadi CETI HARAM AH LONG"
Slogan ini bermaksud golongan Ah Long ini seharusnya tidak wujud daripada wujud untuk memberi pinjaman kepada si peminjam. Pinjaman yang dibuat bukannya memudahkan si peminjam sebaliknya menambahkan derita dan beban yang ditanggung kemudian hari untuk melangsaikan hutang tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk membanteras dan menghapuskan jenayah Ah Long yang sememangnya tidak membantu masyarakat sebaliknya mendatangkan lebih banyak kesengsaraan kepada si peminjam. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat agar masyarakat boleh mendapatkan pinjaman yang selamat daripada insitusi yang terjamin.

Monday, August 31, 2009

Ah Long/Ceti Haram


Ah Long (Ceti Haram)
Ah Long merupakan istilah popular bagi 'ceti haram'. Ia merujuk kepada orang perseorangan ataupun badan yang menawarkan pinjaman wang secara pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan. Mereka menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak sanggup atau tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah (seperti bank) kerana telah disenarai hitam, diisytihar muflis dan sebagainya.

Sepanjang sejarah, undang-undang yang membenarkan amalan riba menyebabkan aktiviti ceti haram sangat lazim. Ramai peminjam wang yang menyelit di antara aktiviti sah dan tidak sah. Di dunia barat sejak kebelakangan ini, ceti haram sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan kongsi gelap.

Terdapat banyak peminjam wang sah berdaftar yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada seseorang yang tidak boleh memperoleh pinjaman di kebanyakan institusi kewangan arus perdana, seperti bank-bank besar. Mereka beroperasi menggunakan wang tunai, sementara institusi kewangan arus perdana semakin banyak beroperasi secara elektronik, bermakna mereka tidak akan melayan permohonan sesiapa yang tidak memiliki akaun bank.
Isi Kandungan
1) Maksud di sebalik poster :-
a. Wang
b. Papan iklan
c. Mangsa Ah Long
d. Percikan darah
e. Simbol ceti haram
f. Slogan "TAK NAK CETI HARAM!!!
...hidup tenang tanpa hutang...
Wang
Apabila peminjam ingin membuat pinjaman, kebiasaannya Ah Long akan memberi pinjaman berbentuk wang ringgit 'ongkos' beserta syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh si peminjam. Wang tersebut menjadi simbolik kepada proses pinjam meminjam wang secara haram.
Papan Iklan
Kebiasaannya ceti haram akan mengiklankan tawaran pinjaman beserta janji-janji manis yang mudah untuk dipenuhi oleh orang ramai yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman melalui ceti haram ini. Contohnya, kaki judi, ahli perniagaan kecil, pekerja buruh, penjaja dan sebagainya.
Mangsa Ah Long
Kes-kes pada masa kini menunjukkan kekejaman Ah Long yang semakin berani bertindak ganas seperti mengugut mangsa hingga ke rumah, menyimbah cat merah menyerupai darah, memalukan mangsa dengan menghantar kepala khinzir dan yang lebih teruk lagi menculik serta mengurung mangsa seperti binatang.
Percikan darah
Ada kalanya Ah Long sanggup bertindak di luar jangkaan dengan menggunakan kekerasan untuk menakutkan mangsa yang semakin terbeban dengan kadar faedah terlampau tinggi. Jadi, darah adalah simbolik kepada perasaan takut dan terasa diancam disebabkan tindakan ganas dan kejam.
Simbol ceti haram
'Shark loan' Ah Long (diambil daripada perkataan Cina "Naga" (Bahasa Cina: 阿龍) atau kependekan daripada frasa Kantonis "daai ji lung", 大耳窿) adalah istilah bagi ceti haram di Malaysia dan Singapura. Keganasan dan kekejaman Ah Long diibaratkan seperti ikan jerung yang tidak akan melepaskan mangsanya apabila masuk ke dalam perangkapnya.
Slogan "TAK NAK CETI HARAM"
...hidup tenang tanpa hutang...
Slogan ini menekankan kepada para peminjam yang baru berjinak-jinak untuk membuat pinjaman melalui Ah Long supaya tidak terpedaya. Mesej yang ingin disampaikan ialah hidup tanpa berhutang atau membuat pinjaman dengan Ah Long lebih selamat dan tenteram.