Monday, September 7, 2009


Terdapat banyak peminjam wang sah berdaftar yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada seseorang yang tidak boleh memperolehi pinjaman dikebanyakan institusi keewangan arus perdana, seperti bank-bank besar. Mereka beroperasi menggunaknan wang tunai, sementara institusi kewangan arus perdana semakin banyak beroperasi secara elektronik, bermakna mereka tidak akan melayan permohonan sesiapa yang tidak memiliki akaun bank.
Keterangan tentang poster :-
1) Tali gantung
2) 'shark loan'
3) figura berwarna merah
4) tanda palang dalam bulatan
5) slogan "MATI dari jadi CETI HARAM ALONG"
Tali gantung
Hukuman tali gantung merupakan hukuman maksimum yang dikenakan kepada salahlaku jenayah berat seperti membunuh, merogol, mengedar dadah dan sebagainya. Tali gantung yang digunakan dalam poster hanya ingin menerangkan sindiran kepada ceti haram supaya sedar akan tindakan mereka yang semakin kejam.
'Shark loan'
Shark loan telah pun berlaku sejak dahulu lagi dan bukan perkara baru. Malah aktiviti meminjam wang secara haram di negara barat telah pun berleluasa di dalam dunia jenayah. Shark diambil untuk melambangkan ceti haram yang kejam seumpama kejamnya jerung membaham mangsanya.
Figura berwarna merah
Figura ini melambangkan hukuman berat yang setimpal dengan jenayah Ah Long yang semakin berani bertindak secara terbuka dan kejam ke atas si peminjam.
Tanda palang dalam bulatan
Tanda ini merujuk kepada protes terhadap golongan Ah Long. Perlambangan ini menerangkan bahawa jenayah Ah Long merupakan gejala sosial yang harus dibendung dengan segera.
Slogan " MATI dari jadi CETI HARAM AH LONG"
Slogan ini bermaksud golongan Ah Long ini seharusnya tidak wujud daripada wujud untuk memberi pinjaman kepada si peminjam. Pinjaman yang dibuat bukannya memudahkan si peminjam sebaliknya menambahkan derita dan beban yang ditanggung kemudian hari untuk melangsaikan hutang tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk membanteras dan menghapuskan jenayah Ah Long yang sememangnya tidak membantu masyarakat sebaliknya mendatangkan lebih banyak kesengsaraan kepada si peminjam. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat agar masyarakat boleh mendapatkan pinjaman yang selamat daripada insitusi yang terjamin.

14 comments:

  1. hai,berjumpa lagi...ni poster ke-2 ke? kenapa poster ini sangat berlainan dengan poster pertama??? maksud saya kenapa tali gantung dan shark menjadi tumpuan di dalam poster ini???kenapa tidak menunjukkan tali gantung sahaja??? perkataan MATI tidak menampakkan kesan kpada saya..kenapa memilih warna hitam untuk perkataan MATI tersebut??? kamu rasa sesuai x? kenapa tidak warna yang lebih garang? tetapi saya ingin mengucapkan syabas kepada kamu coz kamu berusaha untuk menunjukkan poster yang berlainan..SYABAS!!!

    ReplyDelete
  2. tQ kim kerana sentiasa peka ngan poster yg baru kami publish kn. hhhmmm...tali gantung itu kn sudah menerangkan bahawa jenayah Ah Long merupakan jenayah yg berat yang patut dihukum di tali gantung.shark jdi tumpuan disebabkn Ah Long sudah biasa disamakan dengan jerung dlm percakapan masyarakat kini.kim...warna merah tersebut tdk cukup mlambangkan garang lg ka?

    ReplyDelete
  3. poster yang menarik dan mesej dapat disampaikan kpd sy..cuma ubah warna tulisan 2 ja...

    ReplyDelete
  4. bgus2 bg sedar along2 yg kejam tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. poster boleh tahan..ada mesej yg nak disampaikan tentang along.jenayah along byk m'berikan kesan buruk pada orang ramai..teruskan usaha membanteras jenayah along...

    ReplyDelete
  6. pertama kali dlm sejarah!
    jerung kena hukuman gantung.
    dia buat kesalahan apa ni?

    ReplyDelete
  7. kenapa warna untuk slogan "mati dari jadi ceti haram along" tidak sama?

    ReplyDelete
  8. Salam:nie bukan nk brtnya atau pape,cma cnfius jer.Bg org art,msti thu mnilai.Mcm mne jika poster ini dipamerkan secara umum?adkh orang awam dapat memahami dan thu itu poster ceti haram?

    ReplyDelete
  9. e'eh ada poster baru...
    wah ni lg menarik..
    sy rsa poster ni lebih menarik dan memberi kesan bbanding poster lepas..ttp pd pndngn sy imej figura yg bwarna merah tu skranya dibuang jga sudah ckup mberi kesan kpd audiens.. apa pun syabas boyan-rock n teruskn usaha anda mbntras gejala ceti haram ini!!! goodluck..

    ReplyDelete
  10. tq ats kmen anda......
    sbnrnya lau tgk dkt pster asenya sume dh tau pster nie sal ceti haram...
    gpn slogan pn dh jelaskan "MATI dari jadi CETI HARAM AH LONG......
    gmbr shark 2 pn merupkn prlmbgan bg ceti haram..

    ReplyDelete
  11. syabas kpd group korg cz mngtngahkan isu ah long...
    lau kte tgk skrg isu ah long smkin bleluasa dlm klngan msyarakat..
    nmun mrka xddhkan ttg bhyanya berurusan dgn ah long...
    hrp ngan adanya pster dr group korg dpt mmbri ksdran kpada org rmai ttg bhaya ah long.

    ReplyDelete
  12. kepada art student...untuk pengetahuan kebanyakkan geng ceti haram melakukan jenayah berat..sebagai contoh sekiranya si peminjam x dpt jelskan hutang mrk sggp mbunuh,merogol,mengancam dan sebagainya... jenayah2 spt nie boleh mbw kpd tali gantung..klu dh ceti haram jns mcm 2 x jd sejarah la klu kena hukuman gantung...ceti haram nie x ubah macam jerung atau lintah darat n x mustahil mrk nie x lakukan jenayah berat..klu geng ceti harm nie ditangkap dan disabitkan kesalahan yang berat mcm mbunuh ka.kerat tangan orang ka undang2 negara kita boleh mgenakan hukuman tali gantung. Jadi pikr dan renung2kan lah memang wajar hukuman dikenakan kpd pesalahkan?

    ReplyDelete
  13. thnx kpd jackson n anti rasuah sbb meminati poster km n kpd jackson kami memilih warna tulisan yang garang untuk menekankan hukuman yang patut dikenakan kpd geng ceti haram yang melakukan jenayah kejam dan meninds setimpal dengan kesalahan mrk. kita semua pun tahu kn geng ceti haram nie mcm virus yang sng merebak. Kita sbgai masy seharusnya bkerjasama membanteras ah long nie drpd berleluasa...

    ReplyDelete
  14. wh! ada poster baru..menarik.. pgunaan warna mnunjukkan pngasan.. mmg wjr along yg kjm nie kn hukm gntng..teruskan usaha anda mbanteras ah long!! gudluck

    ReplyDelete