Monday, September 7, 2009


Terdapat banyak peminjam wang sah berdaftar yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada seseorang yang tidak boleh memperolehi pinjaman dikebanyakan institusi keewangan arus perdana, seperti bank-bank besar. Mereka beroperasi menggunaknan wang tunai, sementara institusi kewangan arus perdana semakin banyak beroperasi secara elektronik, bermakna mereka tidak akan melayan permohonan sesiapa yang tidak memiliki akaun bank.
Keterangan tentang poster :-
1) Tali gantung
2) 'shark loan'
3) figura berwarna merah
4) tanda palang dalam bulatan
5) slogan "MATI dari jadi CETI HARAM ALONG"
Tali gantung
Hukuman tali gantung merupakan hukuman maksimum yang dikenakan kepada salahlaku jenayah berat seperti membunuh, merogol, mengedar dadah dan sebagainya. Tali gantung yang digunakan dalam poster hanya ingin menerangkan sindiran kepada ceti haram supaya sedar akan tindakan mereka yang semakin kejam.
'Shark loan'
Shark loan telah pun berlaku sejak dahulu lagi dan bukan perkara baru. Malah aktiviti meminjam wang secara haram di negara barat telah pun berleluasa di dalam dunia jenayah. Shark diambil untuk melambangkan ceti haram yang kejam seumpama kejamnya jerung membaham mangsanya.
Figura berwarna merah
Figura ini melambangkan hukuman berat yang setimpal dengan jenayah Ah Long yang semakin berani bertindak secara terbuka dan kejam ke atas si peminjam.
Tanda palang dalam bulatan
Tanda ini merujuk kepada protes terhadap golongan Ah Long. Perlambangan ini menerangkan bahawa jenayah Ah Long merupakan gejala sosial yang harus dibendung dengan segera.
Slogan " MATI dari jadi CETI HARAM AH LONG"
Slogan ini bermaksud golongan Ah Long ini seharusnya tidak wujud daripada wujud untuk memberi pinjaman kepada si peminjam. Pinjaman yang dibuat bukannya memudahkan si peminjam sebaliknya menambahkan derita dan beban yang ditanggung kemudian hari untuk melangsaikan hutang tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk membanteras dan menghapuskan jenayah Ah Long yang sememangnya tidak membantu masyarakat sebaliknya mendatangkan lebih banyak kesengsaraan kepada si peminjam. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat agar masyarakat boleh mendapatkan pinjaman yang selamat daripada insitusi yang terjamin.